Sunday, 19 December 2010

kenangan 2010 part 1

banyak peristiwa yang berlaku sepanjang 2010 ni .
sepanjang 18 tahun hidup , 2010 ialah tahun paling mencabar bagi diri ini .
ada suka , ada yang duka dan ada juga yang tak berapa duka .
mari imbau kembali peristiwa-peristiwa penting yang telah dilalui insan yang bernama SERI NURSIMA sepanjang 2010 ini . ;)



1. PLKN
- telah menjalani PLKN di PELANGI HILL RESORT , KUALA KUBU BAHRU .
Mula-mula dapat tau terpilih , memang gelap gelita dunia ini . mane tak nya , hanya SERI NURSIMA je dapat dalam antara teman-teman terbaiknya . memang habis semua pihak-pihak terlibat dengan PLKN kene maki hamun . hahaha
pergi pun dengan hati yang duka je .makan nanges , tido nanges , sembahyang nanges . nak
tido pun bayang bilik sendiri je . 3hari 3malam nanges kot . hahaha
setelah seminggu dekat sane , akhirnya dapatlah menyesuaikan diri . bayangan rumah pun tak berapa ingat dah . hahaha .
PLKN memang banyak memberi ilmu tentang kehidupan . banyak perkara yang boleh di praktikkan suatu hari nanti . so , kepada sesiapa yang dapat PLKN 2 , berbahagia lah and
a sebabnya bukan semua dapat menjalani PLKN ni . hanya insan-insan terpilih seperti Seri Nursima saja yang dapat . hahaha

* geng dorm melati



2 .RESULT SPM
- pejam celik pejam celik dah 5tahun mengharungi tugas sebagai pelajar di SMK PUTERI TITIWANGSA . Result SPM dah pun keluar . result ok la , hebat memang tidak sama sekali la . lepas la untuk semua sahabat-sahabat ku melanjutkan pelajaran .
AJU : CFS IIUM PJ
MIZA : MATRIKULASI GOPENG PERAK
ANA : MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN
SERI : @@@@ @@@@@@ @@@@@

* zaman muda mudi




3. LESEN
- mula-mula pergi ambil lesen dengan AJU , lulus sampai L je . Pastu AJU dah kne sambung study . Memang tergantung la lesen dia di L . hahaha
Seri Nursima meneruskan perjuang
an untuk mendapatkan P pula . yeahh , dengan sekali sahaja test , lulus dengan cemerlang . *wink*

* tapi ada sedikit kemusykilan , enjin kereta saya mati di bukit ! lepas tu , enjin mati pula time nak test jalan raya . macam tu pun boleh lulus ke .?
mungkin faktor muka yang sangat kudus ini yang membuat pegawai JPJ 2 meluluskan . hahaha




nantikan kesinambungan kenangan 2010 untuk mengetahui peristiwa-peristiwa yang lebih mencabar yang telah di lalui . ^______________^