Wednesday, 22 December 2010

kenangan 2010 last part ;)


kita sambung kembali kisah kenangan 2010 untuk part yang terakhir . ni kiranya kisah bulan 6 hingga penghujung tahun la . ;)

4. BYPASS
-ni kiranya dugaan paling hebatlah . Hanya Allah mengetahui ( *air mata dah bergenang ) . 30 Julai 2010 , tarikh keramat . mula dari pagi sampai ke malam SERI NURSIMA menangis , lepas tu sambung keesokan harinya lagi . sungguh penat bila menangis . semua ora
ng pelik apasal aku feeling sangat . suka hati lah , jiwa aku memang sensitif amat sangat .
air mata ini tak akan pernah kering . Seri Nursima kaya dengan airmata .
30 Julai tu ramai yang menanti penuh dengan kesabaran . Semua gundah gulana . Petang tu , selamat lah semuanya . well , ICU IJN tu dipenuhi oleh keluarga kita orang je . habis semua sedara mara datang menyerbu . seperti biasa , seri nursima menangis tak ingat dunia lagi .


keesokan harinya pulak , mak demam , nisa demam . lagi tension la aku . aku aja
k lah AJU teman pergi IJN 2 . semua orang tanye mana mak . seri nursima nangis sampai tak terkata . bukan dekat lobby ada orang dah bagi tau ke yang mak demam , ni g tanya lagi . adoi
nasib baik aku tak gantung manila kad ,
' MAK DATANG PETANG NANTI SEBAB MAK DEMAM '.
kiranya sehari suntok lah aju menemani ku di hospital . dari mula masa melawat sampai habis .

keesokannya pulak , ayah dah ok . memang lega habis lah .
ELY MELY & MAK ELY mak dia datang . terharu sungguh . ingatkan nak rahsiakan dari semua , entah macam mana aku boleh pergi bagi tau dia . agaknya , dia menggunakan ilmu pukau kat aku kot . hehehe .

aku ada sebab tersendiri kenapa aku tak nak bagi tau kawan-kawan aku semua . aku tahu kawan-kawan aku prihatin , tapi Seri Nursima tak sedia untuk berdepan dengan anda semua dalam keadaan sebegitu rupa .
1. aku tak nak aku nangis depan korang . hanya insan-insan terpilih je boleh .
*habis la ada orang perasan , nanti dia post kat fb la 2 .
2. tak nak menyusahkan korang semua . contoh , korang kena ambil cuti sbb nak datang .


5 . MEKAH



- mak pergi mekah hampir 2bulan . I la jadi suri rumah sepenuh masa . nak keluar berfoya-foya pun hanya hari sabtu or ahad je . hehehe
Seri Nursima dah lulus ok nak jadi suri rumah yang berjaya . masak lulus , basuh n gosok baju lulus . kemas rumah tak payah cerita , memang terbilang . hahaha


6 . ' TUNANG'


27 disember . Perkara terakhir yang amat penting sepanjang 2010 ini . bersyukur sangat-sangat sebab tak sangka akan mengalami fasa kehidupan yang baru . berdebar-debar sungguh menanti hari berkenaan . segala persiapan hampir siap .
doakan seri nursima bahagia ye ;)


KESIMPULAN 2010 ;
tahun yang amat + sungguh mencabar bagi diri ini . banyak pengajaran yang diperolehi . tahun 2010 mengajar aku untuk menjadi lebih tabah .
pelangi akan muncul selepas hujan . yeahhh ;)
ALLAH sudah atur yang terbaik untuk setiap manusia . Cepat atau lambat , itu saja bezanya . Kita tak tahu apa yang akan terjadi pada masa akan datang , tapi percayalah ! kebahagiaan pasti akan tiba . ALLAH tidak akan menguji hambanya jika hambanya tidak mampu menggalas ujian tersebut .