Saturday 23 July 2011

POKE . POKE . POKE


You can understand poke at facebook as to say “hey, you! wutsup”, but some people have wrong understanding that poke at facebook is symbol of disturbing. Following are the correct meanings of poking at facebook.

1.A “poke” is basically someone trying to get your attentionIt’s one of the meaningless features that are used just to annoy someone.

2.If you poke someone not in your network and they poke back. You can view their profile even if your not their friend!

3.A poke is when you allow someone to see your facebook page for 3 days, so they can know who you are and hopefully add you as a friend

Thursday 21 July 2011

JOM , JOM . JOM

nak sangat tengok teater ni .. siap g check kat student portal lagi untuk mendapatkan kepastian adakah arikh itu jatuh pada hari cuti .. YEAAHHH , cuti sem 6 minggu ;)
AARON AZIZ , tunggu kemunculan kami-kami di IB ..

Sinopsis Teater Badai Semalam

Mazni anak seorang pembantu rumah membesar bersama ibunya yang tua dan uzur di sebuah banglo milik Encik Haris dan Puan Rohana. Mazni membesar di dalam rumah tersebut dengan penuh kesederhanaan kerana menyedari diri dan ibunya hanya menumpang berteduh di situ.

Walaupun majikan ibunya amat berbesar hati membenarkan mereka tinggal disitu, tetapi pandangan jiran tetangga amat buruk dan negatif terhadap mereka. Mereka berasa irihati dan cemburu dengan kecantikan dan kebijaksanaan Mazni apatah lagi apabila Karim, anak Encik Haris dan Puan Rohana mula jatuh hati kepada gadis tersebut. Pada mulanya Mazni hanya menganggap Karim sebagai abangnya sahaja.

Dari perasaan kasih jatuh kepada cinta. Karim berjaya menambat hati Mazni untuk bercinta dengannya. Walaupun Mazni tahu latar belakang Karim yang suka berfoya-foya dan tidak mempunyai komitmen dalam menjalinkan hubungan, telah mula berubah laku selepas di timpa musibah kemalangan yang berjaya menginsafkan dirinya. Layanan mesra oleh Mazni membuatkan Karim beria ingin memperisterikan Mazni. Walau banyak tentangan dan fitnah yang dilemparkan, tetapi Karim nekad memperisterikan Mazni. Puan Rohana, ibu Karim tidak bersetuju jika anaknya ingin menyunting Mazni, anak bekas orang gaji mereka. Malu kerana orang luar mula memperkatakan maruah keluarga nanti.

Mazni sedar akan dirinya itu yang tidak mempunyai apa-apa. Dia nekad untuk berkahwin dengan Karim lantaran kasihnya mula bersemi pada lelaki itu. Walaupun Mazni diminati oleh Zaki, tetapi hatinya terlebih dahulu diserahkan kepada Karim. Ibu Mazni amat kecewa apabila mendengar tohmahan dan fitnah tentang Mazni yang berkelakuan tidak senonoh itu. Di saat Mazni memerlukan sokongan, ibunya meninggal dunia. Tinggallah Mazni berdua dengan Karim sebagai suami isteri.

Dalam pada masa yang sama Mazni menyambung pelajaran di sebelah malam. Hari berganti hari, terlalu banyak dugaan yang mendatang. Mazni terpaksa membahagikan masa dengan pelajarannya. Sedikit sebanyak, Mazni terpaksa mengenepikan kehendak Karim. Mazni berasa kecewa dengan sikap Karim yang mula berubah laku selepas mendirikan rumahtangga.

Karim kembali dengan perangai lamanya yang suka berfoya-foya kerana merasakan Mazni telah mengabaikannya dan sibuk dengan buku-bukunya. Apakah kesudahan hidup Mazni? Berjayakah Mazni mencapai cita-citanya? Zaki yang tidak pernah jemu-jemu menagih kasih pada Mazni masih belum berputus harap. Siapakah yang setia di sisinya?

sama tapi tak serupa

Sayang lah kat HAMIZA ZAINI , coz dia cakap muka ku sama dengan NERA ! hahaha .. tak sangka anda begitu jujur . nasib la yang laen tak membangkang ;)


tak tido malam coz terkenangkan pengakuan yang ikhlas 2 . hehehehe

syahdu ;)

semenjak dua tiga hari ni , tak tahu la apasal .. bayangkan , dalam masa 3jam , asyik ulang 3 lagu yang sama je .. bila fikir balik , macam dah tak berapa nak betul je kepala ni .. ni nak share la lagu yang berjaya menikam kalbu ;)

1. NERA - HATIKU MILIKMU

2. DAMASUTRA - UMPAMA MIMPI DALAM MIMPI

3. UNGU - PERCAYA PADAKU

sumpah ! lagu-lagu ni memang best .. memang terlayan la perasaan kan ..

* lagu kat blog dah tukar lagu nera ;)

Tuesday 12 July 2011

MID SEM ;)

yeahh .. cuti bakal menjelma tiba selepas otak penat diperah .. banyak aktiviti yang bakal dilaksanakan time cuti ni .. yang pasti , maraton kat GSC tu amat wajib ! FARAH AZURIN , simpan duit untuk misi kita yew ;)

disaster !


tunggu mid sem , banyak cerita bakal dirungkaikan ! memang semua cerita menyayat hati la kan .