Friday, 24 December 2010

Wednesday, 22 December 2010

bosan-bosan


tengah bermurah hati ni . hari tu klu yang diberi hanya LBJ .
hari ini nak bagi panjang sikit la , hahaha

klu untuk malam ini :

L R K N O H R Y J A I


*selamat meneka sambil mendengar lagu LEAVING ON A JET PLANE ;)

kenangan 2010 last part ;)


kita sambung kembali kisah kenangan 2010 untuk part yang terakhir . ni kiranya kisah bulan 6 hingga penghujung tahun la . ;)

4. BYPASS
-ni kiranya dugaan paling hebatlah . Hanya Allah mengetahui ( *air mata dah bergenang ) . 30 Julai 2010 , tarikh keramat . mula dari pagi sampai ke malam SERI NURSIMA menangis , lepas tu sambung keesokan harinya lagi . sungguh penat bila menangis . semua ora
ng pelik apasal aku feeling sangat . suka hati lah , jiwa aku memang sensitif amat sangat .
air mata ini tak akan pernah kering . Seri Nursima kaya dengan airmata .
30 Julai tu ramai yang menanti penuh dengan kesabaran . Semua gundah gulana . Petang tu , selamat lah semuanya . well , ICU IJN tu dipenuhi oleh keluarga kita orang je . habis semua sedara mara datang menyerbu . seperti biasa , seri nursima menangis tak ingat dunia lagi .


keesokan harinya pulak , mak demam , nisa demam . lagi tension la aku . aku aja
k lah AJU teman pergi IJN 2 . semua orang tanye mana mak . seri nursima nangis sampai tak terkata . bukan dekat lobby ada orang dah bagi tau ke yang mak demam , ni g tanya lagi . adoi
nasib baik aku tak gantung manila kad ,
' MAK DATANG PETANG NANTI SEBAB MAK DEMAM '.
kiranya sehari suntok lah aju menemani ku di hospital . dari mula masa melawat sampai habis .

keesokannya pulak , ayah dah ok . memang lega habis lah .
ELY MELY & MAK ELY mak dia datang . terharu sungguh . ingatkan nak rahsiakan dari semua , entah macam mana aku boleh pergi bagi tau dia . agaknya , dia menggunakan ilmu pukau kat aku kot . hehehe .

aku ada sebab tersendiri kenapa aku tak nak bagi tau kawan-kawan aku semua . aku tahu kawan-kawan aku prihatin , tapi Seri Nursima tak sedia untuk berdepan dengan anda semua dalam keadaan sebegitu rupa .
1. aku tak nak aku nangis depan korang . hanya insan-insan terpilih je boleh .
*habis la ada orang perasan , nanti dia post kat fb la 2 .
2. tak nak menyusahkan korang semua . contoh , korang kena ambil cuti sbb nak datang .


5 . MEKAH



- mak pergi mekah hampir 2bulan . I la jadi suri rumah sepenuh masa . nak keluar berfoya-foya pun hanya hari sabtu or ahad je . hehehe
Seri Nursima dah lulus ok nak jadi suri rumah yang berjaya . masak lulus , basuh n gosok baju lulus . kemas rumah tak payah cerita , memang terbilang . hahaha


6 . ' TUNANG'


27 disember . Perkara terakhir yang amat penting sepanjang 2010 ini . bersyukur sangat-sangat sebab tak sangka akan mengalami fasa kehidupan yang baru . berdebar-debar sungguh menanti hari berkenaan . segala persiapan hampir siap .
doakan seri nursima bahagia ye ;)


KESIMPULAN 2010 ;
tahun yang amat + sungguh mencabar bagi diri ini . banyak pengajaran yang diperolehi . tahun 2010 mengajar aku untuk menjadi lebih tabah .
pelangi akan muncul selepas hujan . yeahhh ;)
ALLAH sudah atur yang terbaik untuk setiap manusia . Cepat atau lambat , itu saja bezanya . Kita tak tahu apa yang akan terjadi pada masa akan datang , tapi percayalah ! kebahagiaan pasti akan tiba . ALLAH tidak akan menguji hambanya jika hambanya tidak mampu menggalas ujian tersebut .

Sunday, 19 December 2010

you make me smile


^_______________________^





;)

kenangan 2010 part 1

banyak peristiwa yang berlaku sepanjang 2010 ni .
sepanjang 18 tahun hidup , 2010 ialah tahun paling mencabar bagi diri ini .
ada suka , ada yang duka dan ada juga yang tak berapa duka .
mari imbau kembali peristiwa-peristiwa penting yang telah dilalui insan yang bernama SERI NURSIMA sepanjang 2010 ini . ;)



1. PLKN
- telah menjalani PLKN di PELANGI HILL RESORT , KUALA KUBU BAHRU .
Mula-mula dapat tau terpilih , memang gelap gelita dunia ini . mane tak nya , hanya SERI NURSIMA je dapat dalam antara teman-teman terbaiknya . memang habis semua pihak-pihak terlibat dengan PLKN kene maki hamun . hahaha
pergi pun dengan hati yang duka je .makan nanges , tido nanges , sembahyang nanges . nak
tido pun bayang bilik sendiri je . 3hari 3malam nanges kot . hahaha
setelah seminggu dekat sane , akhirnya dapatlah menyesuaikan diri . bayangan rumah pun tak berapa ingat dah . hahaha .
PLKN memang banyak memberi ilmu tentang kehidupan . banyak perkara yang boleh di praktikkan suatu hari nanti . so , kepada sesiapa yang dapat PLKN 2 , berbahagia lah and
a sebabnya bukan semua dapat menjalani PLKN ni . hanya insan-insan terpilih seperti Seri Nursima saja yang dapat . hahaha

* geng dorm melati



2 .RESULT SPM
- pejam celik pejam celik dah 5tahun mengharungi tugas sebagai pelajar di SMK PUTERI TITIWANGSA . Result SPM dah pun keluar . result ok la , hebat memang tidak sama sekali la . lepas la untuk semua sahabat-sahabat ku melanjutkan pelajaran .
AJU : CFS IIUM PJ
MIZA : MATRIKULASI GOPENG PERAK
ANA : MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN
SERI : @@@@ @@@@@@ @@@@@

* zaman muda mudi




3. LESEN
- mula-mula pergi ambil lesen dengan AJU , lulus sampai L je . Pastu AJU dah kne sambung study . Memang tergantung la lesen dia di L . hahaha
Seri Nursima meneruskan perjuang
an untuk mendapatkan P pula . yeahh , dengan sekali sahaja test , lulus dengan cemerlang . *wink*

* tapi ada sedikit kemusykilan , enjin kereta saya mati di bukit ! lepas tu , enjin mati pula time nak test jalan raya . macam tu pun boleh lulus ke .?
mungkin faktor muka yang sangat kudus ini yang membuat pegawai JPJ 2 meluluskan . hahaha




nantikan kesinambungan kenangan 2010 untuk mengetahui peristiwa-peristiwa yang lebih mencabar yang telah di lalui . ^______________^

harapan LBJ ;)



banyak harapan diletakkan atas 'pertunangan dengan LBJ'

  • jangan kecewakan perasaan dan harapan orang sekeliling *insyallah saya akan menjaga harapan & perasaan semua . kebahagiaan hak milik setiap insan ;)

  • jaga perhubungan antara ALLAH , MANUSIA & ALAM SEKITAR
* saya akan mencubanya sebaik mungkin . i will try very best for it .


  • jaga nama baik semua pihak .
* sudah semestinya


  • cubaan ;(
* banyak cubaan dan rintangan bakal dihadapi sepanjang tempoh ini . YA ALLAH , kukuhkan lah iman ku untuk semua ini . ringankan lah segala cubaan dan rintangan yang bakal kami hadapi . AMIN .



kepada semua , doakan lah yang terbaik untuk diri ini ;)
semoga apa yang akan dilalui di fasa baru kehidupan ini semua nya berjalan lancar .


LBJ , jangan sesekali memusnahkan impian ini ^_____^


KERISAUAN MIZA


MIZA risau seri nak BERTUNANG ! !
rilex lah , baru tunang je kot . belum kahwin pun . ^___^ . 45minit je kalau dari tempat tunang aku tu kalau nak jumpa korang . hahaha
TUNANG dulu tak semestinya kahwin awal , entah-entah orang lain dulu . tak caya kita tengok nanti . hahaha

1 more week to go ! !
persiapan belum 100% lagi , still ada lagi benda yang belum siap . tak pe , pelan-pelan kayuh .

emotion


FUHHHH ... ! ! ! !

ring ding dong ^______^

saja-saja =)

ChurpChurp | Social Share » The Celcom Great Sale is up for grabs! (Preview)

ChurpChurp | Social Share » The Celcom Great Sale is up for grabs! (Preview)

ChurpChurp | Social Share » Check out what Berry you are today! (Preview)

ChurpChurp | Social Share » Check out what Berry you are today! (Preview)

Friday, 17 December 2010

Menghitung hari ;)




Berdebarnya rasa hati menunggu menjelangnya tarikh bersejarah . Majulah setapak lagi fasa kehidupan ini .
BERDEBAR + TAKUT + EXCITED
macam-macam adalah .



Wednesday, 15 December 2010

orang yang salah ..

renungan bersama ;)

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Monday, 13 December 2010

MIMPI INDAH ;)

semalam saya mimpi pujaan hati lagi ;)

Friday, 10 December 2010

klu ke-2


mesti seseorang itu ternanti-nantikan klu seterusnya ;)

klu yang pertama dalam post yang lepas ialah namanya L BIN J .
klu untuk hari ini , bidang pekerjaannya berkaitan bisnes pengangkutan . jurujual kereta kah tauke kedai basikal kah . ? hehehe ;) kita tunggu dan lihat .


nantikan klu yang seterusnya esok hari . satu hari , satu klu sahaja ! tidak boleh banyak-banyak , orang tamak selalu rugi . =)

27/12 part 1


bukti pertama untuk semua . agak melampau kan baru 'tunang' sudah dapat 1set notebook . memang dunia sudah maju . tak tahu la kalau nikah nanti barang dalam dulang tu lagi dasyat-dasyat . terima kasih kepada yang memberi . saya teramat menghargainya . nanti boleh la kita berSKYPE kalau berjauhan ;)


* gambar-gambar tersebut tidak di GOOGLE ;)

famous amos

tiba-tiba sahaja blog ini mendapat perhatian dari rakan-rakan sekolah dan plkn berikutan post sebelum ini . Kejadian ini berlaku disebabkan kerana AJU telah mempromosikan blog ini didalam facebooknya . hahahaha ;) ada yang stress mendengar perkara ini .

ramai yang menanyakan kesahihan berita tersebut , ada juga yang masih tidak percaya . ada yang kata , perkara ini hanya mainan SERI & AJU . buat apa nak tipu kan AJU , bak kata siti PERCAYALAH . 27/12/2010 ini akan terjadi suatu peristiwa penting dalam hidup ini . Semua persediaan hampir 70% telah disiapkan atas usaha ramai pihak . setiap orang akan melangkah ke peringkat ini , cepat atau lambat sahaja yang membezakan . ;) semua mengimpikan kegembiraan . inilah kegembiraan yang dicari selama ini .



Wednesday, 8 December 2010

panas panas panasss ..

BERITA PANAS =)

angin sedang bergoncang dengan kuatnya mengatakan SERI NURSIMA ingin bertunang pada 27 Disember 2010 . Semua pelik bin ajaib dengan siapakah insan yang bakal menjadi pasangannya .

nantikan info-info selanjutnya dari semasa ke semasa .
klu yang pertama untuk semua ialah , namanya L BIN J .

*nantikan juga gambar-gambar hantaran yang bakal diupload .

trouble is a friend

Trouble he will find you no matter where you go, oh oh
No matter if you're fast, no matter if you're slow, oh oh
The eye of the storm or the cry in the mourn, oh oh
You're fine for a while but you start to lose control

He's there in the dark, he's there in my heart
He waits in the wings, he's gotta play a part
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh!

Trouble is a friend but trouble is a foe, oh oh
And no matter what I feed him he always seems to grow, oh oh
He sees what I see and he knows what I know, oh oh
So don't forget as you ease on down the road

He's there in the dark, he's there in my heart
He waits in the wings, he's gotta play a part
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh

So don't be alarmed if he takes you by the arm
I won't let him win, but I'm a sucker for his charm
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh!

Oh how I hate the way he makes me feel
And how I try to make him leave, I try
Oh oh, I try!

He's there in the dark, he's there in my heart
He waits in the wings, he's gotta play a part
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh

So don't be alarmed if he takes you by the arm
I won't let him win, but I'm a sucker for his charm
Trouble is a friend, yeah trouble is a friend of mine, oh oh!
Ooo, oh ooo, ooo ahh

dreams



DID YOU KNOW THAT :

when people appear in your dreams,it's because that person wants to see you =)

- time magazine -


* selalu mimpi shaheizy sam & fizo omar ;)

Friday, 3 December 2010

hati wanita




Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang

kenapa masih solo


Jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai masanya. Ia bagai menanti jambatan untuk keseberang.

Kalau panjang jambatannya, jauhlah perjalanan kita. Ada orang jodohnya cepat sebab jambatannya singkat.

Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda dalam doa-doa lewat solat. Allah itu Maha Mendengar.

Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Yakinlah pada janji-Nya kerana kita orang yang beriman.

Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr. Right dan biar seorang diri daripada menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini.


Hakikatnya, apabila kita benar-benar mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga datang bersama masalah.

Kita juga selalu melihat orang memandu kereta mewah dan terdetiklah dihati kita, alangkah bahagianya orang itu.

Hakikatnya, apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah, kita ditimpa pelbagai karenah.

Tidak mustahil pula orang yang memandu kereta mewah terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh dihadapan.

Anda pun mengeluh, alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang motosikal itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju.

Padahal si penunggang motosikal sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar-benar membahagiakan.


* Daya tarikan yang sebenar berpusat di hati yang murni. Berusahalah untuk mencuci hati anda daripada semua perasaan yang negatif terhadap semua orang di dunia ini.


artikel dari iluvislam.com

pelangi selepas hujan



Tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan.


Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti