Tuesday 10 May 2011

double trouble , SINGLE BEST ;)


S.I.N.G.L.E
hidup single memang best . tak menyusahkan . suka hati nak buat ape pun . antara faedah yang diperolehi apabila single ialah :

1.Bebas & berdikari
-kita bebas nak buat apa sahaja , tak payah nak report nak buat ape pun and kita berdikari dalam setiap perkara tak payah mengharapkan orang lain .

2. Lebih banyak masa berkualiti di rumah
-Ibu bapa sering terasa keseorangan apabila anak gadis sudah besar dan mempunyai boyfriend terutamanya apabila anak-anak sudah bekerja dan mempunyai rumah sendiri. Kalau single, lebih banyak masa boleh diluangkan bersama mereka di rumah. Sama ada makan malam bersama atau berbual-bual di hujung minggu cukup bermakna kepada kedua-dua ibu bapa anda. Bukan itu sahaja, anda juga boleh membantu ibu mengemas rumah atau menolong ayah mencuci kereta. Hubungan kekeluargaan akan lebih erat.

3.Jadi rakan yang baik
-Sememmangnya tanpa kekasih di sisi, kita mempunyai banyak masa berkualiti bersama rakan-rakan. Bukan sahaja mengeratkan hubungan malah memberi peluang mengenali diri dan rakan. Detik yang dikongsi bersama boyfriend ke padang bola atau futsal boleh digantikan dengan membuat aktiviti yang lebih berfaedah dengan rakan baik.

4. Jimat kos
-Bila berdating, perbelanjaan akan meningkat. Bila single, perbelanjaan boelh dijadikan simpanan dan digunakan untuk aktiviti yang diinginkan seperti melancong ke luar negara dan membeli komputer riba baru.Bukan itu sahaja, kita tidak perlu keluarkan bajet untuk hari2 spesel seperti hari kekasih, ulang tahun dan sebagainya.

5. Kurang beban tanggungjawab
-Kita tidak perlu risau sama ada rakan-rakan boyfriend sukakan anda atau tidak. Dengan menjadi single, kita hanya perlu bertanggungjawab pada diri sendiri. Segala keputusan terletak di tangan anda dan tak rasa gusar atau bimbang sama ada ia akan merisaukan boyfriend atau tidak.