Jika kamu memancing ikan....
setelah ikan itu terlekat dimata kail
hendaklah kamu mengambilterus ikan itu....
janganlah sesekalikamu lepaskan ia
semula ke dalam air begitu sahaja....
kerana ia akan sakit olehkerana bisanya ketajaman mata kailmu
dan mungkin akan menderitaselagi ia masih hidup.
Begitulah juga setelah kamu memberi
banyak pengharapan
kepada seseorang...
setelah ia mulamenyayangimu
hendaklah kamu menjaga hatinya....
janganlah sesekali
kamu terus meninggalkannya begitusahaja....
kerana dia akan terluka oleh kenangan
bersamamu dan
mungkin tidak dapat melupakan
segalanya selagi dia
mengingatimu....
Jika kamu menadah air biarlah berpada,jangan
terlalu mengharap pada takungannya dan
janganlah
menganggap ia begitu teguh....
cukuplah sekadar keperluanmu....
Apabila sekali ia retak....
tentu
sukar untuk kamu menampalnya
semula....
akhirnya ia dibuang....
sedangkan jika
kamu cuba membaikinya mungkin ia masih
boleh digunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki
seseorang terimalah
seadanya....
Janganlah kamu terlalu
mengaguminya dan
janganlah kamu menganggapnya begitu
istimewa....
anggaplah dia
manusia biasa.
Apabila sekali dia
melakukan
kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk
menerimanya....
Akhirnya kamu kecewa dan
meninggalkannya.
Sedangkan
jika kamu memaafkannya boleh jadi
hubungan kamu akan berterusan
hingga keakhirnya....
Jika kamu telah memiliki sepinggan
nasi...
yang kamu
pasti baik untuk dirimu.
Mengenyangkan. Berkhasiat.
Mengapa kamu berlengah,
cuba mencarimakanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan.
Kelak, nasi itu akan basi dan kamu
tidak boleh memakannya.
Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu
dengan seorang insan...
yang kamu pasti membawa
kebaikan kepada dirimu.
Menyayangimu. Mengasihimu.
Mengapa kamu berlengah,
cuba membandingkannya dengan yanglain.
Terlalu mengejar kesempurnaan.
Kelak, kamu kehilangannya dan kamu
akan menyesal apabila dia beralih arah.