Friday, 8 June 2012

Dugaan 1

setelah sekian lame menyimpan post ni , akhirnya dapat juga siapkan post ni . dah separuh perjalanan 2012 .
Dalam mengharungi kehidupan yang serba mencabar dengan seribu satu dugaan, tidak pernah melepaskan seseorang muslim daripada tertimpa bala bencana. Kesakitan adalah salah satu daripadanya. Bezanya hanyalah sama ada kecil atau besar.
dugaan melanda diri ini pada 2012 . percaya atau tidak , aku dah 2kali operation. memang susah nak percaya. tu la , nak sangat masuk hospital . sekali kena tahan dekat 2minggu (1operation=1minggu).
"tuhan saja yang tahu perasaanku berperang dengan suasana"
 ni nak cerita macam mane boleh kena tahan kat hospital .3/02/12 , lepas habis kelas aku pun gerak la balik KL. Lagipun cuti 4 hari sebab thaipusam kalau tak silap . Setibanya di KL, badan terus tak sedap. So, sampai2 je rumah siap-siap nak g klinik . Dah la satu hari tak makan . Aku just makan pau je sbb tak selera. Mak & ayah aku bawaklah pergi klinik . Penuh dengan debaran tunggu turn kat klinik .  Kini tibalah giliran aku , doc check2 , pas2 aku mmg ada benda bengkak kat bawah telinga . Ingtkan tak bahaye, just biasa2 je. Doc suruh g hospital. Mata dah berair dah,tp still gagah.

So, setelah berfikir nak pergi mana , aku dengan yakinnya memilih KPJ TAWAKKAL. Terus g A&E tawakkal . punyalah lama tunggu turn jumpa doc. Dari demam hilang , terus demam balik. Adelah dalam 40minit tunggu,kini tibalah giliranku. Berdebar-debar jantungku apabila kaki ini melangkah menuju ke bilik doc. Doc check2, so dia cakap kena tahan. Huhhhh,time tu memang pecah abis empangan air mata . Tak henti-henti air mata mengalir.


Sebab dah kena tahan kat ward, siap sedialah kena cucuk. Masalah betul bab-bab cucuk ni. Ngeri tau tak bab-bab jarum ni. Mula-mula kena amik darah dulu,huuuuhhhhh. Nasiblah nurse pandai menenangkan jiwa,kalau garang memang keluar semua seni mempertahankan diri. Nurse cakap-cakap,so kuranglah sikit rasa sakit tu. Dan aku rasa,nurse ni lah terbaik bab ambil darah sebab tak berapa sakit. Lepas tu kena cucuk jarum drip . Adoi , terseksa jiwa. Boleh pulak aku pitam lepas cucuk drip.


Malam tu dalam pukul 3, kene cucuk antibiotik kalau tak silap . huhhh , memang terbaik , darah keluar melimpah ruah(tak de lah melimpah sangat,tp habis kotor jugak la cadar dengan darah). Esoknya doc dtg , dia check2 tgok mmg betul ade ketumbuhan. tp takdelah besar mane pun, kecik je kot. Doc bgi antibiotik utk 3h utk tgok mcm mne keadaan bnda 2. So, kena lah cucuk tiap2 hari. Huaaaaaa~~. Sambil tu, aku jugak buat xray,ct scan and ultrasound.


Sah !! memang aku ada ketumbuhan,antibiotik pun tak jalan. Oleh sebab itu,terpaksalah dibedah !! Aku pasrah je lah apa nak dibuat asalkan aku tak sakit.7/02/12, operation dijalankan. Tak tahulah berapa jam sebab aku tak sedar pun . Memang merana jugak lah sbb ade tiub kat leher sbb nk keluarkan darah. Kehulu kehilir bawak benda alah tu. adelah 2h jgak tiub 2 aku seret kehulu hilir. Rimas betul. Seminggu jugalah bertapa kat hospital tu .


Pengsan tengok mc sbb aku dapat mc sebulan :) memang terbaiklah doc . Seminggu lepas discharge tu kena dtg balik hospital utk bukak benang n utk tgok lab result . Result amat mendukacitakan;( . mmg banjir habis hospital dengan air mata ku ini . hurmmmm~

*akan ku cerita sambungan kisah ini di post yang akan datang
-kawan-kawanku semua g trip ke pangkor,aku bertapa kat hospital. melepas peluang cuci mata

Friday, 25 May 2012

stay strong

sekarang aku tengah mengarang post paling tragis , tunggu kan kemunculannya ;)

Friday, 11 May 2012

pelangi

Kadangkala Allah hilangkan sekejap matahari. Kemudian Dia datangkan kilat&guruh. 
Puas kita menangis mencari dimana matahari. 
Rupanya Allah nak bagi kita pelangi.

kehidupan



Semalam adalah kenangan , hari ini adalah kenyataan , esok adalah harapan .

Hidup ini memang mencabar . Ada suka , ada duka . Ada tawa , ada duka . Begitulah asam garam kehidupan . Jika tiada suka duka , tawa riang canda , tidak lengkap lah hidup ini . 


Orang yang gagal adalah orang yang tidak mampu mengurus masalah.Hanya manusia yang mampu mengurus masalah sahaja yang boleh berjaya ;)

welcome back .


Setelah berkurun lama tak melawat blog ini , akhirnya muncul juga daku disini . Bukan apa , tahun 2012 ni sangat lah menguji diri ini . Akan ku berkongsi cerita-cerita yang melanda diri ini di post yang akan mendatang .


Tuesday, 22 November 2011

AARON AZIZ

16.11.2011
yeah . impian nak jumpa Aaron Aziz dah tercapai .. sumpah Kachak gila ! mengigil lutut tengok dia senyum . hahaha
Fizz Fairuz pun best ;)

aku rasa , kebanyakan orang tengok teater ni sume sebab Aaron and Eera .





Shera ajak g minum lepas teater , tapi kitorg lepas tgok pujaan hati terus balik .
sorry kak shera .
sebelum start teater , kitorg buat Istana Budaya tu macam tempat sendiri . tangkap gambar tak ingat dunia . semangat Aaron la katakan . hahaha


teater ni boleh la .nak kata best , tak juga sbb ada juga part yang bosan . Tapi boleh layan la .

ada ke patut , time sesi bertemu peminat , kitorg tak pandang langsung yang lain .
kitorg fokus kat KARIM & ZAKI je .
balik rumah baru teringat nak tengok Eera n Umie .hehehehe




jeritan




seriously , tak pernah aku jerit sampai sakit tekak macam tu .
aku ada group 3 suara , mereka terdiri daripada ;
AJU + TIKA + SERI = 3SUARA

mula-mula kitorg lah paling sopan , xkeluar suara langsung .
tapi , bila time FORTEEN !
macam nak runtuh dewan tu akibat jeritan 3SUARA !
kami bertiga bersatu . hahaha


sejujurnya , Forteen memang terbaik . Dorang tak berlagak , dorang akan layan fans dorang dengan penuh kesabaran .
Sape jumpe Forteen confirm jatuh hati ! hahahaha
* akibat Forteen , Aju & Seri demam ;)



* banyak gambar Tika & Aju je sbb aku dah pengsan kat belakang sbb tengok Forteen . hohoho

semoga Forteen terus maju jaya ;)
hidup Berdua Bersatu .