Wednesday, 22 December 2010
bosan-bosan

tengah bermurah hati ni . hari tu klu yang diberi hanya LBJ .
hari ini nak bagi panjang sikit la , hahaha
klu untuk malam ini :
L R K N O H R Y J A I
*selamat meneka sambil mendengar lagu LEAVING ON A JET PLANE ;)
kenangan 2010 last part ;)
4. BYPASS
-ni kiranya dugaan paling hebatlah . Hanya Allah mengetahui ( *air mata dah bergenang ) . 30 Julai 2010 , tarikh keramat . mula dari pagi sampai ke malam SERI NURSIMA menangis , lepas tu sambung keesokan harinya lagi . sungguh penat bila menangis . semua ora
ng pelik apasal aku feeling sangat . suka hati lah , jiwa aku memang sensitif amat sangat .
air mata ini tak akan pernah kering . Seri Nursima kaya dengan airmata .
30 Julai tu ramai yang menanti penuh dengan kesabaran . Semua gundah gulana . Petang tu , selamat lah semuanya . well , ICU IJN tu dipenuhi oleh keluarga kita orang je . habis semua sedara mara datang menyerbu . seperti biasa , seri nursima menangis tak ingat dunia lagi .

keesokan harinya pulak , mak demam , nisa demam . lagi tension la aku . aku aja
k lah AJU teman pergi IJN 2 . semua orang tanye mana mak . seri nursima nangis sampai tak terkata . bukan dekat lobby ada orang dah bagi tau ke yang mak demam , ni g tanya lagi . adoi
nasib baik aku tak gantung manila kad ,
' MAK DATANG PETANG NANTI SEBAB MAK DEMAM '.
kiranya sehari suntok lah aju menemani ku di hospital . dari mula masa melawat sampai habis .
keesokannya pulak , ayah dah ok . memang lega habis lah .
ELY MELY & MAK ELY mak dia datang . terharu sungguh . ingatkan nak rahsiakan dari semua , entah macam mana aku boleh pergi bagi tau dia . agaknya , dia menggunakan ilmu pukau kat aku kot . hehehe .
aku ada sebab tersendiri kenapa aku tak nak bagi tau kawan-kawan aku semua . aku tahu kawan-kawan aku prihatin , tapi Seri Nursima tak sedia untuk berdepan dengan anda semua dalam keadaan sebegitu rupa .
1. aku tak nak aku nangis depan korang . hanya insan-insan terpilih je boleh .
*habis la ada orang perasan , nanti dia post kat fb la 2 .
2. tak nak menyusahkan korang semua . contoh , korang kena ambil cuti sbb nak datang .
5 . MEKAH
- mak pergi mekah hampir 2bulan . I la jadi suri rumah sepenuh masa . nak keluar berfoya-foya pun hanya hari sabtu or ahad je . hehehe
Seri Nursima dah lulus ok nak jadi suri rumah yang berjaya . masak lulus , basuh n gosok baju lulus . kemas rumah tak payah cerita , memang terbilang . hahaha
6 . ' TUNANG'
27 disember . Perkara terakhir yang amat penting sepanjang 2010 ini . bersyukur sangat-sangat sebab tak sangka akan mengalami fasa kehidupan yang baru . berdebar-debar sungguh menanti hari berkenaan . segala persiapan hampir siap .
doakan seri nursima bahagia ye ;)
KESIMPULAN 2010 ;
tahun yang amat + sungguh mencabar bagi diri ini . banyak pengajaran yang diperolehi . tahun 2010 mengajar aku untuk menjadi lebih tabah .
pelangi akan muncul selepas hujan . yeahhh ;)
ALLAH sudah atur yang terbaik untuk setiap manusia . Cepat atau lambat , itu saja bezanya . Kita tak tahu apa yang akan terjadi pada masa akan datang , tapi percayalah ! kebahagiaan pasti akan tiba . ALLAH tidak akan menguji hambanya jika hambanya tidak mampu menggalas ujian tersebut .
Sunday, 19 December 2010
kenangan 2010 part 1
banyak peristiwa yang berlaku sepanjang 2010 ni .
sepanjang 18 tahun hidup , 2010 ialah tahun paling mencabar bagi diri ini .
ada suka , ada yang duka dan ada juga yang tak berapa duka .
mari imbau kembali peristiwa-peristiwa penting yang telah dilalui insan yang bernama SERI NURSIMA sepanjang 2010 ini . ;)
1. PLKN
- telah menjalani PLKN di PELANGI HILL RESORT , KUALA KUBU BAHRU .
Mula-mula dapat tau terpilih , memang gelap gelita dunia ini . mane tak nya , hanya SERI NURSIMA je dapat dalam antara teman-teman terbaiknya . memang habis semua pihak-pihak terlibat dengan PLKN kene maki hamun . hahaha
pergi pun dengan hati yang duka je .makan nanges , tido nanges , sembahyang nanges . nak
tido pun bayang bilik sendiri je . 3hari 3malam nanges kot . hahaha
setelah seminggu dekat sane , akhirnya dapatlah menyesuaikan diri . bayangan rumah pun tak berapa ingat dah . hahaha .
PLKN memang banyak memberi ilmu tentang kehidupan . banyak perkara yang boleh di praktikkan suatu hari nanti . so , kepada sesiapa yang dapat PLKN 2 , berbahagia lah and
a sebabnya bukan semua dapat menjalani PLKN ni . hanya insan-insan terpilih seperti Seri Nursima saja yang dapat . hahaha
* geng dorm melati
2 .RESULT SPM
- pejam celik pejam celik dah 5tahun mengharungi tugas sebagai pelajar di SMK PUTERI TITIWANGSA . Result SPM dah pun keluar . result ok la , hebat memang tidak sama sekali la . lepas la untuk semua sahabat-sahabat ku melanjutkan pelajaran .
AJU : CFS IIUM PJ
MIZA : MATRIKULASI GOPENG PERAK
ANA : MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN
SERI : @@@@ @@@@@@ @@@@@
* zaman muda mudi
3. LESEN
- mula-mula pergi ambil lesen dengan AJU , lulus sampai L je . Pastu AJU dah kne sambung study . Memang tergantung la lesen dia di L . hahaha
Seri Nursima meneruskan perjuang
an untuk mendapatkan P pula . yeahh , dengan sekali sahaja test , lulus dengan cemerlang . *wink*
* tapi ada sedikit kemusykilan , enjin kereta saya mati di bukit ! lepas tu , enjin mati pula time nak test jalan raya . macam tu pun boleh lulus ke .?
mungkin faktor muka yang sangat kudus ini yang membuat pegawai JPJ 2 meluluskan . hahaha
nantikan kesinambungan kenangan 2010 untuk mengetahui peristiwa-peristiwa yang lebih mencabar yang telah di lalui . ^______________^
harapan LBJ ;)
banyak harapan diletakkan atas 'pertunangan dengan LBJ'
- jangan kecewakan perasaan dan harapan orang sekeliling *insyallah saya akan menjaga harapan & perasaan semua . kebahagiaan hak milik setiap insan ;)
- jaga perhubungan antara ALLAH , MANUSIA & ALAM SEKITAR
- jaga nama baik semua pihak .
* sudah semestinya
- cubaan ;(
* banyak cubaan dan rintangan bakal dihadapi sepanjang tempoh ini . YA ALLAH , kukuhkan lah iman ku untuk semua ini . ringankan lah segala cubaan dan rintangan yang bakal kami hadapi . AMIN .
kepada semua , doakan lah yang terbaik untuk diri ini ;)
semoga apa yang akan dilalui di fasa baru kehidupan ini semua nya berjalan lancar .
LBJ , jangan sesekali memusnahkan impian ini ^_____^
KERISAUAN MIZA
MIZA risau seri nak BERTUNANG ! !
rilex lah , baru tunang je kot . belum kahwin pun . ^___^ . 45minit je kalau dari tempat tunang aku tu kalau nak jumpa korang . hahaha
TUNANG dulu tak semestinya kahwin awal , entah-entah orang lain dulu . tak caya kita tengok nanti . hahaha
1 more week to go ! !
persiapan belum 100% lagi , still ada lagi benda yang belum siap . tak pe , pelan-pelan kayuh .
Subscribe to:
Posts (Atom)

