Friday, 8 June 2012

Dugaan 1

setelah sekian lame menyimpan post ni , akhirnya dapat juga siapkan post ni . dah separuh perjalanan 2012 .
Dalam mengharungi kehidupan yang serba mencabar dengan seribu satu dugaan, tidak pernah melepaskan seseorang muslim daripada tertimpa bala bencana. Kesakitan adalah salah satu daripadanya. Bezanya hanyalah sama ada kecil atau besar.
dugaan melanda diri ini pada 2012 . percaya atau tidak , aku dah 2kali operation. memang susah nak percaya. tu la , nak sangat masuk hospital . sekali kena tahan dekat 2minggu (1operation=1minggu).
"tuhan saja yang tahu perasaanku berperang dengan suasana"
 ni nak cerita macam mane boleh kena tahan kat hospital .3/02/12 , lepas habis kelas aku pun gerak la balik KL. Lagipun cuti 4 hari sebab thaipusam kalau tak silap . Setibanya di KL, badan terus tak sedap. So, sampai2 je rumah siap-siap nak g klinik . Dah la satu hari tak makan . Aku just makan pau je sbb tak selera. Mak & ayah aku bawaklah pergi klinik . Penuh dengan debaran tunggu turn kat klinik .  Kini tibalah giliran aku , doc check2 , pas2 aku mmg ada benda bengkak kat bawah telinga . Ingtkan tak bahaye, just biasa2 je. Doc suruh g hospital. Mata dah berair dah,tp still gagah.

So, setelah berfikir nak pergi mana , aku dengan yakinnya memilih KPJ TAWAKKAL. Terus g A&E tawakkal . punyalah lama tunggu turn jumpa doc. Dari demam hilang , terus demam balik. Adelah dalam 40minit tunggu,kini tibalah giliranku. Berdebar-debar jantungku apabila kaki ini melangkah menuju ke bilik doc. Doc check2, so dia cakap kena tahan. Huhhhh,time tu memang pecah abis empangan air mata . Tak henti-henti air mata mengalir.


Sebab dah kena tahan kat ward, siap sedialah kena cucuk. Masalah betul bab-bab cucuk ni. Ngeri tau tak bab-bab jarum ni. Mula-mula kena amik darah dulu,huuuuhhhhh. Nasiblah nurse pandai menenangkan jiwa,kalau garang memang keluar semua seni mempertahankan diri. Nurse cakap-cakap,so kuranglah sikit rasa sakit tu. Dan aku rasa,nurse ni lah terbaik bab ambil darah sebab tak berapa sakit. Lepas tu kena cucuk jarum drip . Adoi , terseksa jiwa. Boleh pulak aku pitam lepas cucuk drip.


Malam tu dalam pukul 3, kene cucuk antibiotik kalau tak silap . huhhh , memang terbaik , darah keluar melimpah ruah(tak de lah melimpah sangat,tp habis kotor jugak la cadar dengan darah). Esoknya doc dtg , dia check2 tgok mmg betul ade ketumbuhan. tp takdelah besar mane pun, kecik je kot. Doc bgi antibiotik utk 3h utk tgok mcm mne keadaan bnda 2. So, kena lah cucuk tiap2 hari. Huaaaaaa~~. Sambil tu, aku jugak buat xray,ct scan and ultrasound.


Sah !! memang aku ada ketumbuhan,antibiotik pun tak jalan. Oleh sebab itu,terpaksalah dibedah !! Aku pasrah je lah apa nak dibuat asalkan aku tak sakit.7/02/12, operation dijalankan. Tak tahulah berapa jam sebab aku tak sedar pun . Memang merana jugak lah sbb ade tiub kat leher sbb nk keluarkan darah. Kehulu kehilir bawak benda alah tu. adelah 2h jgak tiub 2 aku seret kehulu hilir. Rimas betul. Seminggu jugalah bertapa kat hospital tu .


Pengsan tengok mc sbb aku dapat mc sebulan :) memang terbaiklah doc . Seminggu lepas discharge tu kena dtg balik hospital utk bukak benang n utk tgok lab result . Result amat mendukacitakan;( . mmg banjir habis hospital dengan air mata ku ini . hurmmmm~

*akan ku cerita sambungan kisah ini di post yang akan datang
-kawan-kawanku semua g trip ke pangkor,aku bertapa kat hospital. melepas peluang cuci mata

Friday, 25 May 2012

stay strong

sekarang aku tengah mengarang post paling tragis , tunggu kan kemunculannya ;)

Friday, 11 May 2012

pelangi

Kadangkala Allah hilangkan sekejap matahari. Kemudian Dia datangkan kilat&guruh. 
Puas kita menangis mencari dimana matahari. 
Rupanya Allah nak bagi kita pelangi.

kehidupan



Semalam adalah kenangan , hari ini adalah kenyataan , esok adalah harapan .

Hidup ini memang mencabar . Ada suka , ada duka . Ada tawa , ada duka . Begitulah asam garam kehidupan . Jika tiada suka duka , tawa riang canda , tidak lengkap lah hidup ini . 


Orang yang gagal adalah orang yang tidak mampu mengurus masalah.Hanya manusia yang mampu mengurus masalah sahaja yang boleh berjaya ;)

welcome back .


Setelah berkurun lama tak melawat blog ini , akhirnya muncul juga daku disini . Bukan apa , tahun 2012 ni sangat lah menguji diri ini . Akan ku berkongsi cerita-cerita yang melanda diri ini di post yang akan mendatang .


Tuesday, 22 November 2011

AARON AZIZ

16.11.2011
yeah . impian nak jumpa Aaron Aziz dah tercapai .. sumpah Kachak gila ! mengigil lutut tengok dia senyum . hahaha
Fizz Fairuz pun best ;)

aku rasa , kebanyakan orang tengok teater ni sume sebab Aaron and Eera .





Shera ajak g minum lepas teater , tapi kitorg lepas tgok pujaan hati terus balik .
sorry kak shera .
sebelum start teater , kitorg buat Istana Budaya tu macam tempat sendiri . tangkap gambar tak ingat dunia . semangat Aaron la katakan . hahaha


teater ni boleh la .nak kata best , tak juga sbb ada juga part yang bosan . Tapi boleh layan la .

ada ke patut , time sesi bertemu peminat , kitorg tak pandang langsung yang lain .
kitorg fokus kat KARIM & ZAKI je .
balik rumah baru teringat nak tengok Eera n Umie .hehehehe




jeritan




seriously , tak pernah aku jerit sampai sakit tekak macam tu .
aku ada group 3 suara , mereka terdiri daripada ;
AJU + TIKA + SERI = 3SUARA

mula-mula kitorg lah paling sopan , xkeluar suara langsung .
tapi , bila time FORTEEN !
macam nak runtuh dewan tu akibat jeritan 3SUARA !
kami bertiga bersatu . hahaha


sejujurnya , Forteen memang terbaik . Dorang tak berlagak , dorang akan layan fans dorang dengan penuh kesabaran .
Sape jumpe Forteen confirm jatuh hati ! hahahaha
* akibat Forteen , Aju & Seri demam ;)



* banyak gambar Tika & Aju je sbb aku dah pengsan kat belakang sbb tengok Forteen . hohoho

semoga Forteen terus maju jaya ;)
hidup Berdua Bersatu .

Thursday, 27 October 2011

Idaman


kali ni nak share pasal tempat idaman aku yang suatu hari nanti akan ku jejak kan kaki ke situ ;)
InsyaAllah .


- NAMI ISLAND -
- tak tahu lah kenapa aku tertarik nak pergi tempat ni . rasa macam menenangkan je tengok .





- HOLLAND -
-tempat ni dah lama aku aim nak pergi . indah kot . dengan tulip yang cantik , arhhh tak dapat bayangkan . selalu terbaca kat novel je , so bayang sendiri je la keindahan tempat itu .



- MAKKAH -
Sudah semestinya Makkah sentiasa dalam impian aku .



alam ciptaan Allah S.W.T yang indah . kita sebagai manusia haruslah menghargai segala nikmat yang telah diberikan oleh-Nya.
semoga aku akan dapat menjejak kan kaki ke tempat-tempat idaman aku .
INSYAALLAH ;)

Wednesday, 26 October 2011

Debaran .



Ya ALLAH Ya Tuhanku,
KAU permudahkanlah segala urusanku…
hanya kepada ENGKAUlah aku berharap…
memohon pertolongan…

ku mohon kekuatan , ketabahan dan kesabaran dari-MU
agar dipermudahkan dalam menghadapi segala urusan sehari-hariku…
Sesungguhnya kepada Engkaulah ku berharap dan memohon pertolongan…
Amiiin Ya Rabbal ‘Alamiiin…

* debaran result kolej ! aku akan aktif kolej sem ni dari sem lepas !
JANJI ;)

Tuesday, 25 October 2011

aktiviti dikala bosan !

Apabila bosan menghantui diri , mula lah nak buat macam-macam ;)
Ni lah jadinya apabila banyak sangat baca novel dan cerpen . Macam-macam idea ada dalam kepala . so , kali ni seorang insan telah dipilih untuk aktiviti ini .

mangsa : TIKA FITRIA
rakan subahat : HAMIZA ZAINI

Maaf dipinta kepada si mangsa yang kudus .
Kami tidak berniat apa-apa , saja untuk mengeratkan perhubungan .
PEACE NO WAR

* mangsa tak tahu lagi yang dia sedang dikenakan .

Friday, 30 September 2011

wanita


Ya اَللّÙ‡ُ, mengapa wanita sering menangis?

Kerana wanita itu unik.
Aku ciptakan ia sbg makhluk istimewa,
KU kuatkan bahunya utk menjaga anak2nya,
KU lembutkan hatinya utk memberi rasa aman,
KU kuatkan rahimnya utk menyimpan benih manusia,
KU teguhkan peribadinya utk terus berjuang saat yg lain menyerah,
KU beri dia naluri utk mencintai anak2 dlm keadaan apapun,
KU kuatkan batinnya utk ttp menyayangi walau dikhianati oleh teman,
walau disakiti oleh "orang" yang ia sayangi
Wanita mahluk kuat,
tapi jika satu saat dia menangis itu kerana KU beri dia air mata utk membasuh luka batin dan memberi kekuatan baru.

"WANITA..KAMU ISTIMEWA" ♥

Thursday, 18 August 2011

katakan kenapa .


kenapa tiba-tiba perasaan macam ni hadir dalam diri ini ye . nak luahkan kat sini pun tak tahu macam mana . hanya orang yang mengalaminya je yang faham .. sekarang ni tak tahu nak buat apa . perasaan berkeceramuk !

Thursday, 11 August 2011

KERJASAMA

Apabila anda berusaha ke arah untuk bekerjasama, ramai orang tidak dapat bekerjasama dengan baik, ramai juga orang akan mula ‘bergantung’ kepada anda. Namun, apa yang perlu anda pegang ialah, anda perlu berdiri pada kaki sendiri. Biarlah orang lain tidak dapat bekerjasama dengan anda, biarlah orang lain ‘bergantung’ kepada anda, yang penting anda tidak ‘bergantung’ kepada orang lain dan anda boleh bekerjasama dengan sesiapa sahaja.

Inilah masalah yang dihadapi oleh kebanyakan pelajar , terutama dalam kerja berkumpulan . Sungguh sakit hati apabila yang lain tidak melaksanakan tugas mereka . Sangat tidak adil bila kerja semua dah siap , senang-senang je dorang dapat markah . Tension .

Perkara macam ni lah yang boleh menyebabkan kawan sesama kawan gaduh . Yang kawan tu sepatutnya tolonglah buat sekali kerja , jangan lah harap sangat kawan anda untuk selesaikannya . Macam mana nak berdiri atas kaki sendiri kalau selalu berharap kat orang lain . Fikirlah , semua dah besar kan . dah tau menilai mana yang baik , mana yang buruk . Malas nak cakap banyak-banyak .



Saturday, 6 August 2011

penat ;(


Saya Penat itulah yang boleh diperkatakan .. Tiada siapa yang akan faham situasi aku sekarang.. Apa yang aku fikir dan apa yang aku alami.. Tidak semua perkara boleh diceritakan pada teman rapat kita dan keluarga kita.. Maka dengan ini Aku perlukan rehat yang secukupnya.. Tapi rehat dimanakah? Pada masa manakah?

Saturday, 23 July 2011

POKE . POKE . POKE


You can understand poke at facebook as to say “hey, you! wutsup”, but some people have wrong understanding that poke at facebook is symbol of disturbing. Following are the correct meanings of poking at facebook.

1.A “poke” is basically someone trying to get your attentionIt’s one of the meaningless features that are used just to annoy someone.

2.If you poke someone not in your network and they poke back. You can view their profile even if your not their friend!

3.A poke is when you allow someone to see your facebook page for 3 days, so they can know who you are and hopefully add you as a friend

Thursday, 21 July 2011

JOM , JOM . JOM

nak sangat tengok teater ni .. siap g check kat student portal lagi untuk mendapatkan kepastian adakah arikh itu jatuh pada hari cuti .. YEAAHHH , cuti sem 6 minggu ;)
AARON AZIZ , tunggu kemunculan kami-kami di IB ..

Sinopsis Teater Badai Semalam

Mazni anak seorang pembantu rumah membesar bersama ibunya yang tua dan uzur di sebuah banglo milik Encik Haris dan Puan Rohana. Mazni membesar di dalam rumah tersebut dengan penuh kesederhanaan kerana menyedari diri dan ibunya hanya menumpang berteduh di situ.

Walaupun majikan ibunya amat berbesar hati membenarkan mereka tinggal disitu, tetapi pandangan jiran tetangga amat buruk dan negatif terhadap mereka. Mereka berasa irihati dan cemburu dengan kecantikan dan kebijaksanaan Mazni apatah lagi apabila Karim, anak Encik Haris dan Puan Rohana mula jatuh hati kepada gadis tersebut. Pada mulanya Mazni hanya menganggap Karim sebagai abangnya sahaja.

Dari perasaan kasih jatuh kepada cinta. Karim berjaya menambat hati Mazni untuk bercinta dengannya. Walaupun Mazni tahu latar belakang Karim yang suka berfoya-foya dan tidak mempunyai komitmen dalam menjalinkan hubungan, telah mula berubah laku selepas di timpa musibah kemalangan yang berjaya menginsafkan dirinya. Layanan mesra oleh Mazni membuatkan Karim beria ingin memperisterikan Mazni. Walau banyak tentangan dan fitnah yang dilemparkan, tetapi Karim nekad memperisterikan Mazni. Puan Rohana, ibu Karim tidak bersetuju jika anaknya ingin menyunting Mazni, anak bekas orang gaji mereka. Malu kerana orang luar mula memperkatakan maruah keluarga nanti.

Mazni sedar akan dirinya itu yang tidak mempunyai apa-apa. Dia nekad untuk berkahwin dengan Karim lantaran kasihnya mula bersemi pada lelaki itu. Walaupun Mazni diminati oleh Zaki, tetapi hatinya terlebih dahulu diserahkan kepada Karim. Ibu Mazni amat kecewa apabila mendengar tohmahan dan fitnah tentang Mazni yang berkelakuan tidak senonoh itu. Di saat Mazni memerlukan sokongan, ibunya meninggal dunia. Tinggallah Mazni berdua dengan Karim sebagai suami isteri.

Dalam pada masa yang sama Mazni menyambung pelajaran di sebelah malam. Hari berganti hari, terlalu banyak dugaan yang mendatang. Mazni terpaksa membahagikan masa dengan pelajarannya. Sedikit sebanyak, Mazni terpaksa mengenepikan kehendak Karim. Mazni berasa kecewa dengan sikap Karim yang mula berubah laku selepas mendirikan rumahtangga.

Karim kembali dengan perangai lamanya yang suka berfoya-foya kerana merasakan Mazni telah mengabaikannya dan sibuk dengan buku-bukunya. Apakah kesudahan hidup Mazni? Berjayakah Mazni mencapai cita-citanya? Zaki yang tidak pernah jemu-jemu menagih kasih pada Mazni masih belum berputus harap. Siapakah yang setia di sisinya?

sama tapi tak serupa

Sayang lah kat HAMIZA ZAINI , coz dia cakap muka ku sama dengan NERA ! hahaha .. tak sangka anda begitu jujur . nasib la yang laen tak membangkang ;)


tak tido malam coz terkenangkan pengakuan yang ikhlas 2 . hehehehe

syahdu ;)

semenjak dua tiga hari ni , tak tahu la apasal .. bayangkan , dalam masa 3jam , asyik ulang 3 lagu yang sama je .. bila fikir balik , macam dah tak berapa nak betul je kepala ni .. ni nak share la lagu yang berjaya menikam kalbu ;)

1. NERA - HATIKU MILIKMU

2. DAMASUTRA - UMPAMA MIMPI DALAM MIMPI

3. UNGU - PERCAYA PADAKU

sumpah ! lagu-lagu ni memang best .. memang terlayan la perasaan kan ..

* lagu kat blog dah tukar lagu nera ;)

Tuesday, 12 July 2011

MID SEM ;)

yeahh .. cuti bakal menjelma tiba selepas otak penat diperah .. banyak aktiviti yang bakal dilaksanakan time cuti ni .. yang pasti , maraton kat GSC tu amat wajib ! FARAH AZURIN , simpan duit untuk misi kita yew ;)